Info Guru PTK dan Kepegawaian
Home » Archived For 2016
Sabtu, 12 Maret 2016
Jumat, 11 Maret 2016
Selasa, 23 Februari 2016
Kekasih Yang Tak Dianggap
As Salam semua
Manusia
itu banyak jenisnya. Baik lelaki, baik perempuan. Ada pelbagai
golongan. Setiap hari kita akan bertemu dengan macam-macam jenis manusia
complete dengan seribu satu perangai. Kadang-kadang ada yang
perangainya kita selesa walaupun baru berkawan, ada jugak yang mula-mula
macam tak suka atau annoying gila, tapi bila lama-lama kenal rasa ok je
dia ni rupanya, tak pun ada jugak yang mula-mula kita rasa kita
sekepala tapi lama-lama baru tahu perangainya macam mana.
Itulah rencamnya manusia...
Namun,
wujud jugak dikalangan kita sejenis umat manusia yang digelar manusia
pemberi harapan. Well, i'm not sure golongan ini banyak dari jantina
yang mana. Mungkin nisbahnya sama kot? Sama ada korang pernah jumpa
atau tidak, itu bergantung pada pengalaman. Aku? Pernah lah jugak sekali
dua. Tapi dah lama dulu lah. Yang latest ni adalah kisah a friend of
mine. Seorang kawan perempuan yang bertemu dengan lelaki pemberi harapan. Kesian dia, dikecewakan setelah ikhlas menanti lama.
Kau tahulah kan, hati perempuan ni sangat fragile. Lebih nipis dari kulit bawang.
Kiranya kalau tak de ilmu di dada, jangan sesekali kau berani usik.
Hati perempuan penuh dengan rasa. Walaupun kadang-kadang lelaki tak
zahirkan, tapi nikmat naluri dan gerak hati yang Allah pinjamkan memberi satu keistimewaan buat kaum Hawa. Sekilas insan yang disayangi berubah laku dan sifat, cepat-cepat perempuan dapat meneka.